BERITA UTAMA

Dua treler jatuh gaung, pemandu rentung

SEREMBAN – Seorang pemandu rentung dalam kemalangan melibatkan dua treler di KM255, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara) dekat sini, pada petang ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.20 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau bergegas ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba, terdapat kebakaran membabitkan sebuah lori treler yang membawa muatan kontena kosong.

” Ia susulan daripada kemalangan jalan raya melibatkan dua lori treler yang terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung di kedalaman kira-kira 10 meter,” katanya.

Kata jurucakap itu lagi, terdapat seorang mangsa lelaki berusia anggaran 30-an yang tersepit dan rentung.

“Mangsa telah dikeluarkan dari tempat tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada jam 5.24 petang,” katanya. – NasionalDaily

 

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *