BERITA UTAMA

Helikopter bawa enam penumpang terhempas di Norway

OSLO – Sebuah helikopter yang membawa enam orang telah terhempas di lautan pantai barat Norway pada Rabu.

Pusat Koordinasi Penyelamatan Bersama Norway memaklumkan, kesemua penumpang yang berada dalam helikopter tersebut berjaya dibawa ke darat.

Hospital Universiti Haukeland memaklumkan, pihaknya menerima semua enam penumpang selepas nahas berlaku, namun keadaan mereka belum jelas pada masa ini.

Helikopter itu merupakan model Sikorsky S-92 dan sedang dalam misi latihan mencari dan menyelamat ketika berlaku kemalangan.

Jurucakap polis memberitahu, masih terlalu awal untuk menjelaskan penyebab nahas tersebut.

Sementara itu, kata seorang pegawai perkhidmatan penyelamat, kawasan itu mengalami angin kencang ketika nahas berlaku. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *