BERITA UTAMA

DBKL sita barangan perniagaan warga asing

KUALA LUMPUR – Tidak ada ruang lagi kepada warga asing menjalankan aktiviti perniagaan secara bebas di sekitar ibu kota.

Tindakan penguatkuasaan terhadap mereka juga wajar sebagaimana dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Parlimen Batu semalam.

Sebanyak lapan tindakan sita peralatan barangan perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing telah dilakukan.

Antara barangan dan peralatan yang disita itu ialah motosikal roda tiga, sireh, jagung, sayur campur dan lain-lain.

Semua barangan itu dihantar ke Setor Sitaan DBKL Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi

Tindakan penguatkuasaan itu dilakukan anggota Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Parlimen Batu menerusi Tindakan Khas Penjaja Warga Asing.

Kawasan tertumpu di sekitar Jalan 1/3A dan 2/3A Pusat Bandar Utara (berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur) serta Jalan Sentul Raya, Sentul Boulevard.

DBKL melaksanakan tindakan penguatkuasaan menerusi peruntukan di bawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 serta UUK 3(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *