BERITA UTAMA

Tiada konvoi bantuan PBB sampai ke utara Gaza sejak 23 Januari

TORONTO – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memaklumkan tiada konvoi bantuan kemanusiaannya sampai di utara Semenanjung Gaza sejak 23 Jan.

“Rakan sekerja kami memberitahu tiada konvoi kemanusiaan kami yang sampai ke bahagian utara Semenanjung Gaza sejak 23 Jan.

“Seperti yang anda dengar semalam daripada pesuruhjaya UNRWA (Philippe Lazzarini), terdapat penurunan mendadak dalam jumlah penghantaran bantuan ke Semenanjung Gaza,” kata jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Stephane Dujarric pada sidang media lapor Agensi Anadolu.

Sambil menekankan keperluan untuk lebih banyak pintu masuk dan laluan selamat ke Gaza, Dujarric berkata UNRWA mempunyai bekalan makanan di sempadan dengan Gaza yang mampu memenuhi keperluan sehingga 2.2 juta penduduk di seluruh Semenanjung Gaza.

“Hampir 1,000 trak yang membawa 15,000 tan metrik makanan berada di Mesir dan bersedia untuk bergerak,” katanya. – BERNAMA/Anadolu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *