BERITA UTAMA

KWSP umum dividen Ahad ini

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun 2023 bakal mengumumkan dividen Ahad ini.

Dalam satu notis sidang akhbar kepada media hari ini, KWSP berkata, pengumuman itu akan dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru dilantik, Ahmad Zulqarnain Onn yang menggalas tugas itu pada 19 Februari lalu.

KWSP telah mengumumkan dividen bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah sejak 2017.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September tahun lalu, KWSP merekodkan pendapatan pelaburan sebanyak RM47.86 bilion, kenaikan sebanyak 33 peratus berbanding RM36.04 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama 2022.

Tahun lalu, KWSP mengumumkan dividen sebanyak 5.35 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.75 peratus bagi Simpanan Shariah. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *