BERITA UTAMA

4 maut, 6 cedera dalam insiden tanah runtuh di timur Indonesia

JAKARTA – Sekurang-kurangnya empat terbunuh dan enam lagi cedera akibat tanah runtuh di sebatang jalan raya di wilayah Sulawesi Selatan di Indonesia pada pagi Isnin, kata seorang pegawai, lapor Xinhua.

Pemangku Ketua Agensi Pengurangan Bencana Sulawesi Selatan, Amson Pandolo berkata, tanah runtuh di Bastem Utara kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan itu disebabkan oleh hujan lebat yang melanda pada petang Ahad.

Lebih 20 orang dilaporkan terjejas akibat tanah runtuh itu.

Pandolo berkata, pasukan penyelamat telah mengeluarkan mayat mangsa dan membawa yang cedera ke pusat kesihatan masyarakat di kampung berhampiran.

Beliau berkata, lebih daripada 10 motosikal dan dua kereta tertimbus dalam tanah runtuh itu.

Menurut beliau, bencana itu telah merosakkan jalan raya dan beberapa kampung terputus hubungan. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *