BERITA UTAMA

Putra desak PM gugur Menteri Pelancongan

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa Perdana Menteri menggugurkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang telah menunjukkan sikap biadab memecat seorang penjawat awam.

Presidennya, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali menegaskan, tindakan menteri berkenaan memecat Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar dalam tempoh tidak sampai 48 jam adalah sebagai tidak wajar.

“Putra terpanggil untuk membangkitkan isu pemecatan Ketua Pengarah Tourism Malaysia oleh menteri ini sebagai biadab dan tidak patut dilakukan oleh seorang menteri dalam tempoh 28 atau 48 jam.

“Dia cuba nak tunjuk dia berkuasa dan sudah tentu perkara sedemikian ada yang tidak betul,” tegasnya dalam sidang media di ibu pejabat Putra di sini, semalam.

Menurut Dr. Ibrahim, sebelum ini menteri berkenaan telah membuat kecoh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan beberapa hal berkaitan intergriti.

Ujarnya, kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim betul-betul bercakap soal tatakelola, menteri terbabit mesti digugurkan secepat mungkin.

“Atau Anwar sendiri campur tangan membatalkan pemecatan Dr. Ammar dan biar dia teruskan jawatan Ketua Pelancongan Tourism Malaysia.

“Kita nak tengok macam mana tatakelola yang diungkapkan oleh Perdana Menteri ke-10 ini dbenar-benar dilaksanakan,” tegasnya. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *