BERITA UTAMA

Awan Nasional selesai lantik Ketua Awan negeri sesi 2023-2026

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pimpinan (JKP) Awan Nasional selesai melantik Ketua Awan Negeri bagi sesi 2023 – 2026.

Keputusan dicapai dalam mesyuarat JKP itu hari ini mengikut peruntukan Perlembagaan Parti Amanah (Pindaan 2023) yang menyerahkan pelantikan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Negeri kepada budi bicara JKP Awan Nasional.

“JKP Awan Nasional yang bermesyuarat hari ini telah bersetuju melantik Ketua Awan Negeri bagi Sesi 2023 – 2026.

“Awan Nasional yakin pelantikan Ketua Awan negeri ini akan membantu memantapkan pentadbiran parti di semua peringkat bagi mengukuhkan jentera menghadapi pilihan raya umum akan datang dan meningkatkan sokongan rakyat kepada kerajaan perpaduan di seluruh negara,” kata Setiausaha Awan Nasional, Mashitah Ismail.

Mesyuarat JKP Awan Nasional bersetuju melantik Norhayati Bidin Ketua Awan Johor, Siti Balkhis Husain (Kedah), Dr. Hafidzah Mustakim (Kelantan), Mazenah Baharuddin (Melaka) dan Zarinna Abu Zarin (Negeri Sembilan).

Sabrina Md. Yusoff mengetuai Awan Pahang, Roos Lailawati Mat Johar (Perak), Che Mazlina Che Yob (Perlis), Aida Yusof (Pulau Pinang), Rawiyiah Zakaria (Selangor), Wan Khairani Wan Husin (Terengganu) dan Rafiza Shahean@Askolani (Wilayah Persekutuan). – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *