BERITA UTAMA

Sepatutnya rai perbezaan pandangan, bukan cop geng parti lawan – Dr. Akmal

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menempelak pihak tertentu yang bersikap dan berpandangan negatif apabila ada rakan dari Pakatan Harapan (PH) membuat teguran kepada kerajaan.

Beliau berkata, bagi memastikan kerajaan memacu dengan dengan baik dan menjamin kebajikan rakyat, sepatutnya perbezaan pandangan harus dirai bukan dikritik.

“Bila pandangan berbeza sahaja dah mula cop geng parti lawan, sedangkan pemimpin ini perlu bawa suara rakyat di bawah bukan hanya membodek pemimpin atasan.

Bila pandangan berbeza sahaja dah cop ini memecahkan, sedangkan itulah perubahan yang perlu dilakukan untuk keluar dari norma budaya yang rakyat nak lihat dalam organisasi untuk kembali percaya pada organisasi,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Dr. Akmal antara beberapa pemimpin UMNO yang sering menegur kepimpinan kerajaan perpaduan jika didapati tidak selaras dengan kehendak rakyat. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *