BERITA UTAMA

Ronaldo pastikan kualiti setanding gaji

RIYADH – Cristiano Ronaldo dibayar lumayan sejak menyertai Al-Nassr lebih setahun lalu, tetapi pemain 39 tahun itu membalasnya dengan meledak 47 gol dalam 53 perlawanan.

Ronaldo dibayar 200 juta euro (RM1.07 bilion) setahun oleh kelab Liga Pro Saudi itu dan bonus sekitar 100 juta euro (RM535.45 juta) selepas menandatangani kontrak sehingga Jun 2025.

Ronaldo meledak gol ke-25nya musim ini ketika Al-Nassr mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia dengan kemenangan 3-0 secara agregat ke atas Al-Fayha.

Penyerang Portugal itu meledak gol tunggal dalam pertembungan pertama seteru Arab Saudi itu dan sekali lagi menemui sasaran di Riyadh pada Rabu ketika aksi timbal balik itu berbaki empat minit.

Ronaldo memanfaatkan kesilapan penjaga gol, Vladimir Stojkovic dengan menolak bola ke gawang untuk gol kelimanya dalam enam penampilan Liga Juara-Juara Asia musim ini dan ke-27 dalam 28 penampilan pada kempen kali ini.

Secara keseluruhan, Ronaldo sudah meledak 47 gol dalam 53 penampilan untuk kelab Timur Tengah berkenaan.

Al-Nassr masih memburu gelaran pertama di peringkat tertinggi Asia itu dan akan bertemu Al-Ain dari Emiriah Arab Bersatu pada aksi suku akhir bulan depan selepas skuad kendalian Hernan Crespo itu menewaskan Nasaf dari Uzbekistan. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *