BERITA UTAMA

Pengurangan kompaun saman 50% di Program Madani Rakyat Zon Tengah – PDRM

KUALA SELANGOR – Polis Diraja Malaysia menawarkan pengurangan kadar bayaran kompaun saman sehingga 50 peratus sempena Program Madani Rakyat Zon Tengah.

Polis, dalam kenyataannya memaklumkan, orang ramai yang mempunyai tunggakan saman boleh menjelaskannya mulai hari ini hingga Ahad 25 Februari di Kompleks Sukan Kuala Selangor.

Pengurangan kadar bayaran kompaun saman itu adalah bagi kesalahan terpilih seperti kemalangan, kesalahan bicara mahkamah, berkaitan kenderaan berat dan memotong secara berbahaya.

Kesalahan menggunakan lorong kecemasan, kesalahan tidak boleh kompaun (NC), tidak mematuhi isyarat lampu merah, memotong garisan kembar, pengubahsuaian ekzos dan saman berstatus Op Selamat juga boleh mendapat pengurangan 50 peratus.

Bagaimanapun, kata kenyataan itu, pembayaran hanya boleh dibuat di tapak program untuk tempoh tiga hari acara berlangsung. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *