BERITA UTAMA

Mesir batal projek restorasi piramid Menkaure selepas dikecam

MESIR – Awal bulan lalu, Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir mengumumkan perancangan negara itu untuk membaik pulih piramid Menkaure yang terletak di Giza.

Bahagian luar piramid itu akan dilitupi semula dengan bahan granit seperti asalnya beberapa ribu tahun yang lalu dengan projek berkenaan mengambil masa kira-kira tiga tahun.

Sejurus selepas pengumuman itu, mereka menerima kecaman daripada ahli arkeologi Mesir dan dunia.

Semalam, jurucakap Jawatankuasa Piramid Menkaure, Dr Zahi Hawass menegaskan, pelan membaik pulih semula piramid dibatalkan selepas mendengar pendapat pelbagai pihak.

Mantan Menteri Antikuiti Mesir itu berkata, beliau telah menerima ratusan mesej menggesa projek itu dibatalkan sejurus selepas ia diumumkan.

Menkaure ialah piramid yang unik kerana ia satu-satunya yang mempunyai permukaan luar yang diperbuat daripada granit.

Piramid-piramid lain menggunakan bahan batu pasir. Pembinaan Menkaure tidak pernah disiapkan akibat kematian Firaun Menkaure pada tahun 2503 sebelum Masihi.

Hanya 18 tingkat granit berjaya dipasang sebelum proses luluhawa menyebabkan hanya 7 dapat dilihat pada zaman sekarang. – Amanz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *