BERITA UTAMA

Enam cedera, seorang tersepit dalam kemalangan tiga kereta

MERSING – Enam cedera dan dua selamat dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di Jalan Johor Mersing-Felda Tenggaroh dekat sini, malam tadi.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mangsa.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, seorang pemandu tersepit dalam kereta Proton Satria Neo dan seorang lagi selamat.

Menurut Komander Operasi BBP Mersing, PBK II Mohamed Zainuddin Ahmad, kemalangan kira-kira jam 9 malam itu melibatkan kereta Perodua Alza, Proton Satria Neo dan Toyota Vios.

“Selain itu, lima mangsa dalam Perodua Alza mengalami kecederaan dan seorang lagi dalam Proton Satria Neo selamat. 

“Semua yang cedera telah dikeluarkan orang awam yang berada di lokasi kejadian dan dihantar ke hospital dengan ambulans,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Kata beliau, mangsa yang tersepit dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *