BERITA UTAMA

Sumbangan pemimpin Sarawak dan Sabah untuk keamanan negara

TAHUKAH anda, Almarhum Tun Datu Mustapha Datu Harun (1974) dan Almarhum Tun Pehin Sri Taib Mahmud (1978) pernah menjadi Menteri Pertahanan ketika pengganas komunis sedang aktif di sempadan negara?

Pada tahun 1978, Tun Taib dibantu oleh Datuk Mokhtar Hashim, Timbalan Menteri Pertahanan (Parlimen Tampin) yang ketika itu berumur 36 tahun dan Datuk Abdul Jalal Abu Bakar, Setiausaha Parlimen Kementerian Pertahanan (Parlimen Batu Pahat) yang berumur 42 tahun.

Tun Taib juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada tahun 1980.

Ini belum mengambil kira jawatan dalam PERKIM dan lain-lain lagi. Sesungguhnya jasa tokoh-tokoh ini kepada negara di peringkat persekutuan sangat signifikan dan tidak terhad di negeri sahaja.

Catatan, Hasanuddin Mohd Yunus mantan Ahli Parlimen Hulu Langat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *