BERITA UTAMA

DBKL sita, kompaun tujuh aktiviti perniagaan warga asing

KUALA LUMPUR – Siapa kata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak buat kerja hingga memberi keselesaan kepada warga asing menjalankan aktiviti perniagaan di sekitar ibu kota.

Dakwaan itu jauh meleset apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sentiasa melakukan operasi khas membanteras aktiviti pelanggaran undang-undang oleh warga asing.

Dalam kes terbaharu, sepasukan anggota Jabatan Penguatkuasaan, Pejabat Cawangan Parlimen Bandar Tun Razak dan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan melakukan tindakan khas aktiviti perniagaan warga asing sekitar Alam Damai, Bukit Cheras dan Lake Fields di Sungai Besi.

Menerusi tindakan khas itu, DBKL membuat tujuh tindakan sita peralatan dan barangan perniagaan yang dikendalikan warga asing melibatkan premis kedai runcit, makanan, peniaga roto dan lain-lain.

Dalam pada itu, DBKL turut mengeluarkan empat notis kompaun ke atas pemilik premis yang menggajikan warga asing tanpa kebenaran dan premis beroperasi tanpa lesen di bawah kesalahan UUK Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.

Sebanyak 54 barangan dan peralatan yang disita seperti tong gas, baju, rak roti, motosikal dan lain-lain dihantar ke Setor Sitaan DBKL Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *