BERITA UTAMA

Selamat Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa

TAHUKAH anda, tarikh hari ini 21 Februari adalah Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa?

Hari ini yang telah diluluskan dan diiktiraf pada Persidangan Umum UNESCO tahun 1999 adalah inisiatif negara Bangladesh.

Ia disambut pada setiap 21 Februari sejak tahun 2000 untuk mempromosikan kesedaran kepelbagaian bahasa dan budaya.

Menurut UNESCO, 40 peratus populasi dunia tidak mempunyai akses pendidikan dalam bahasa ibunda atau bahasa yang mereka fahami.

Dan kepelbagaian linguistik dunia semakin hari semakin terancam apabila banyak bahasa mulai lenyap.

Tema Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa pada tahun ini adalah “Multilingual education is a pillar of intergenerational learning”.

Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa berasal dari pengiktirafan antarabangsa kepada Hari Pergerakan Bahasa yang disambut di Bangladesh (dahulunya Pakistan Timur) sejak tahun 1952, apabila sebilangan penuntut universiti Bangladesh dibunuh oleh polis dan tentera Pakistan di Dhaka ketika menyertai Gerakan Bahasa Bengali.

Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa disambut setiap tahun oleh negara ahli UNESCO di ibu pejabatnya untuk memupuk kepelbagaian bahasa dan budaya dan keanekabahasaan. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *