BERITA UTAMA

Jenazah Allahyarham Tun Taib dibawa ke Kuching untuk pengebumian

KUALA LUMPUR – Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud disolatkan di Masjid Negara di sini pagi ini, sebelum dibawa pulang ke Kuching, Sarawak.

Solat jenazah diimamkan Imam Besar, Ehsan Mohd Hosni dengan disertai kira-kira 200 jemaah melibatkan ahli keluarga, pemimpin negara dan sahabat Allahyarham.

Selesai solat jenazah

Isteri Allahyarham, Toh Puan Raghad yang berpakaian putih kelihatan sedih dengan pemergian suaminya, 87, ketika mendapatkan rawatan di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) pada jam 4.28 pagi ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan takziah dan menzahirkan dukacita atas pemergian Tun Abdul Taib. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *