BERITA UTAMA

Polis Klang Selatan kesan saksi penting bantu siasatan

KLANG – Polis Klang Selatan mengesan dua saksi bagi membantu siasatan penting perbicaraan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Tinggi Jenayah 1, Shah Alam.

Chin Wei Keong beralamat terakhir di No. 35, Jalan Gambus 10, Taman Desawan di sini dan Keh Tech Chuan beralamat terakhir No. 305, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang diminta hadir ke mahkamah itu pada 21 hingga 23 Februari ini.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai mereka diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Fuad Azis di talian 019-3016161. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *