BERITA UTAMA

Ekonomi Malaysia sekarang di landasan tepat – Fahmi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan ekonomi negara kini berada di landasan yang tepat.

Katanya, ia berdasarkan kepada asas ekonomi sekarang yang mana pelaburan perlu diutamakan, peluang pekerjaan yang diberi tumpuan dan harga barangan terkawal.

“Ramai yang tanya, macam mana keadaan ekonomi negara sekarang?

“Kita kena lihat pada asas ekonomi. Pelaburan perlu diutamakan, peluang pekerjaan baharu perlu diberi fokus, dan harga barang hendaklah terkawal.

“Kalau lihat pada ketiga-tiga asas ini, insya-Allah kita di landasan ekonomi yang tepat,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Malah kata Fahmi, kadar pengangguran dan inflasi pula menurun dengan FDI meningkat.

Beliau bagaimanapun, tidak menafikan persekitaran luar sangat mencabar pada tahun 2023.

“Namun, Alhamdulillah Malaysia telah mencatat pertumbuhan 3 peratus pada suku keempat 2023.

“Defisit fiskal juga telah turun. Pada tahun 2022, defisit fiskal setinggi 5.6 peratus, kini dikurangkan kepada 5.0 peratus.

“Insya-Allah tahun ini kita usaha kecilkan kepada 4.3 peratus pula,” katanya. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *