BERITA UTAMA

Polis tahan keldai akaun terlibat sindiket scammer

BALIK PULAU – Polis menahan seorang lelaki dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan menyebabkan mangsa kerugian kira-kira RM97,000.

Petik Kosmo Online, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal sebagai berkata, menerusi risikan dan maklumat awam, suspek berusia 25 tahun itu ditahan di negeri itu Khamis lalu oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya.

Katanya, suspek dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menyamar sebagai pihak Pos Laju dan pegawai polis menerusi dalam talian.

“Mangsa telah membuat enam transaksi secara atas talian ke tiga akaun yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM97,000,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, suspek direman untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *