BERITA UTAMA

Pemuda UMNO gesa PM tidak benarkan cadangan beras Madani dilaksanakan

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Malaysia minta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membenarkan sebarang cadangan beras Madani dilaksanakan.

Ketuanya, Dr. Akmal Saleh berkata, lebih lagi daripada Pengerusi NACCOL, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Beliau menegaskan, rakyat tidak boleh sewenang-wenangnya ditipu dengan cadangan beras Madani yang dikatakan berharga RM30 untuk 10 kilogram bagi menggantikan beras putih tempatan yang jauh lebih murah.

“Jangan tipu rakyat dengan cadangan beras Madani ini. Saya minta PM @anwar ibrahim tidak membenarkan cadangan beras Madani dari MP Bukit Gantang dari terus dilaksanakan

“Seharusnya kita perlu terus menentang kartel yang mencampurkan beras tempatan dengan beras import, bukan menyokong apa yang mereka buat,” ujarnya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Semalam, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataannya memaklumkan, kerajaan belum bersedia untuk memperkenalkan beras Madani yang dikatakan mula berada di pasaran esok.

Sebaliknya, kata beliau, cadangan itu perlu dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk perbincangan dan mendapatkan sebarang keputusan sama ada lulus atau tidak.

Menurut Dr. Akmal, jika wujudnya beras Madani itu, beliau yakin tidak akan ada langsung beras putih tempatan di pasaran, sedangkan sekarang ini pun isu beras itu begitu sukar untuk diperolehi.

“Seharusnya fokus kita adalah untuk meningkatkan SSL beras tempatan bukan nak menguntungkan kartel dan merugikan rakyat.

“Kita akan tetap terus melawan kartel yang menipu rakyat ini,” tegas beliau. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *