BERITA UTAMA

Hutang darah dibayar darah!

BEIRUT – Hutang darah akan dibayar dengan darah, demikian ikrar Hizbullah kepada rejim Israel yang terus bersikap ganas kepada orang awam Lubnan.

Hassan Nasrallah memberi amaran bahawa peluru berpandu jarak jauh milik mereka boleh menghentam kawasan Israel pada bila-bila masa.

“Darah musuh Israel akan menjadi bayaran untuk setiap titis darah orang awam yang terbunuh di Lubnan,” katanya.

Beliau berkata, anggotanya akan terus memperhebatkan serangan rentas sempadan susulan pembunuhan rejim Israel.

“Hizbullah tidak sekadar menyerang tentera Zionis, kita bertindak ke atas semuanya,” kata Hassan.

Hizbullah berdepan situasi sukar apabila rejim haram membunuh komander Hizbullah, Ali al-Debs, timbalannya dan seorang lagi pejuang di Nabatiyeh pada Rabu.

Serangan itu turut membunuh 10 orang awam, tujuh daripada keluarga sama serta dua lagi pejuang Hizbullah, menurut pengiraan berdasarkan angka dikeluarkan oleh pasukan kecemasan.

Israel mendakwa, askarnya melakukan serangan pada Rabu selepas seorang tenteranya terbunuh akibat tembakan roket dari Lubnan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *