BERITA UTAMA

Haiwan vertebrat terkecil dunia kini ialah kodok kutu Brazil

HAIWAN vertebrat terkecil dunia adalah kodok kutu (flea toad) yang hanya boleh dijumpai di Brazil.

Kodok atau katak dengan nama saintifik Brachycephalus pulex ini mempunyai panjang purata 7mm sahaja.

Ia memintas pemegang rekod sebelum ini iaitu katak Paedophryne amauensis dari Papua New Guinea yang mempunyai panjang purata 7.7mm.

Kewujudan kodok kutu ini telah diketahui sejak spesimen pertama ditemukan pada 2011, tetapi pada waktu tersebut saintis tidak mengetahui sama ia adalah kodok dewasa.

Selepas 46 spesimen dikaji dan disahkan adalah kodok jantan dewasa, Brachycephalus pulex kini disahkan sebagai haiwan vertebrat terkecil di dunia.

Paling menarik ialah spesimen paling kecil kodok ini hanya sepanjang 6.45mm.

Kodok kutu hanya hidup di dua habitat di kawasan bukit bukau di Bahia yang terletak di Timur Brazil.

Walaupun ia kini memegang status haiwan vertebrat paling kecil di dunia, saintis percaya terdapat kemungkinan spesies lebih kecil wujud.

Kertas kajian penemuan Brachycephalus pulex telah diterbitkan dalam jurnal Zoologica Scripta. – Amanz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *