BERITA UTAMA

Cuaca kering di negeri utara Semenanjung, ribut petir di Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan cuaca kering dan panas berlaku di negeri utara Semenanjung dengan suhu melebih 35 darjah celcius.

Menurut kenyataan dari Ketua Pengarah METMalaysia, orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

Sehubungan itu, katanya, berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di bahagian tengah dan selatan Sarawak.

Keadaan itu berpotensi menghasilkan ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang di kawasan tersebut terutama pada sebelah petang dan boleh berlarutan hingga ke awal pagi.

Sementara itu, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang turut berpotensi berlaku di beberapa tempat di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung serta Sabah. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *