BERITA UTAMA

MCW tawar keahlian sesi Mac 2024

KUALA LUMPUR – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mempelawa orang ramai yang berminat dengan perjuangan integriti dan antirasuah agar menyertai NGO itu.

Kata kenyataan MCW, keahliannya adalah ‘dengan jemputan sahaja’ dan mesti diluluskan dalam mesyuarat jawatankuasa NGO itu yang diadakan empat kali setahun.

Keahlian seumur hidup MCW sehingga 22 ambilan seramai 627 orang, manakala ahli baharu telah dihadkan sehingga 100 orang setahun.

“Mesyuarat ahli jawatankuasa akan datang ialah akhir Mac ini dan akan menjadi mesyuarat kali keempat untuk penggal 2023-2026.

“Individu yang berminat boleh memohon borang keahlian secara online dan info yuran yang berkenaan melalui aplikasi Whatsapp 010 543 1472.

“Semoga, usaha MCW ini mendapat keredaan Tuhan dan memberkati kehidupan anda dan kita semua,” kata kenyataan itu di sini, hari ini. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *