BERITA UTAMA

Anggota PBB terkorban di Semenanjung Gaza meningkat kepada 158

ISTANBUL – Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mengesahkan jumlah kematian pekerjanya di Gaza akibat serangan udara Israel kini mencecah 158 orang, lapor Agensi Anadolu.

“Sehingga 15 Februari, jumlah rakan sekerja UNRWA yang terbunuh sejak permulaan perang kini seramai seramai 158, termasuk dua kematian terbaharu sejak kemas kini terakhir UNRWA.

“Kini hampir 1.5 juta orang berada di Rafah, lebih enam kali ganda penduduk berbanding sebelum 7 Okt,” menurut agensi itu dalam laporan pada Jumaat.

UNRWA berkata peningkatan serangan udara di bandar Rafah di selatan Gaza mencetuskan kebimbangan dari segi operasi kemanusiaan di situ.

Jumlah trak bantuan yang memasuki Gaza masih jauh di bawah sasaran 500 sehari, selain kesukaran untuk membawa bekalan melalui Karem Abu Salem (Kerem Shalom) dan Rafah.

Israel menyerang Semenanjung Gaza sejak Oktober dan sejak itu, sekurang-kurangnya 28,775 orang terbunuh dan 68,552 yang lain cedera. Serangan itu turut merosakkan atau memusnahkan sebahagian besar infrastruktur dan menyebabkan kekurangan barangan keperluan. – ANADOLU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *