BERITA UTAMA

Walaupun bersama PH, UMNO tetap berpegang pada prinsip – Gulam Muszaffar

KUALA LUMPUR – UMNO kekal dengan prinsipnya tersendiri dalam memacu kerajaan perpaduan bersama rakan Pakatan.

Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata, peranan UMNO setakat ini dilihat berjaya meredakan isu berbangkit.

“Setakat ini peranan UMNO telah berjaya meredakan beberapa isu berkaitan Melayu, Islam dan soal kepentingan rakyat.

“Inilah yang membezakan antara UMNO dengan parti Melayu lain seperti Bersatu. Kita kekal berprinsip sehingga tidak boleh diperkotak-katikkan oleh rakan parti.

“Jika kita lihat, UMNO dan Bersatu masing-masing pernah dan sedang berada dalam kerajaan gabungan, tetapi UMNO dalam PH tidak mudah dicucuk berbanding Bersatu dalam PH 1.0 sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan PH 1.0 yang memerintah selama 22 bulan banyak melakukan kerosakan seperti melibatkan kepentingan Melayu dan Islam.

Manakala kemuncak kerajaan terdahulu, kata Gulam Muszaffar, secara terang-terangan melanggar perlembagaan dengan meratifikasi ICERD atau Statut Rom yang menyentuh kuasa Raja-Raja, keistimewaan Melayu dan kesucian agama Islam. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *