BERITA UTAMA

Ratu Naga dipanggil SPRM beri keterangan – Peguam

KUALA LUMPUR – Aktivis politik Perikatan Nasional (PN), Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan.

Beliau dipanggil untuk siasatan berhubung dakwaan wanita itu menerima beberapa peratus hasil kutipan sumbangan yang diberikan kepada sebuah badan bukan kerajaan.

Sebelum ini, media dimaklumkan, sepasukan lima pegawai SPRM menyerbu kediaman Syarul Ema di Jalan Klang Lama, di sini kira-kira jam 9 pagi tadi. 

“Ya, benar anak guam saya (Ratu Naga) ditahan pada 9 pagi ini, namun alasan penangkapannya belum dimaklumkan oleh pegawai SPRM.

“Justeru, kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang mengatakan dia tidak ditahan dan hanya dipanggil untuk rakam percakapan tidak benar.

“Saya kini berada di SPRM, Putrajaya, namun sehingga kini tidak dibenarkan berjumpa dengan anak guam dan masih menunggu maklumat lanjut daripada pegawai penyiasat,” kata peguamnya.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM dilaporkan berkata, wanita terbabit hanya diambil keterangan bagi membantu siasatan satu kes mengikut Seksyen 16 Akta SPRM. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *