BERITA UTAMA

Konten Dd Chronicle melampau, bangkit kemarahan umat Islam

KOTA BHARU – Kemarahan Pemuda Amanah terhadap seorang pempengaruh meluak-luak semalam, yang diterjemahkan mereka dengan membuat laporan polis.

Mereka marah kerana pempengaruh ini yang dikenali dengan nama Dd Chronicle mempelecehkan agama demi menerusi kandungan menghina agama Islam.

“Dd Chronicle telah memperlecehkan agama demi kandungan video dan parti,” kata Hazmi @ Jeming Hassan dalam sidang medianya selepas membuat laporan polis di sini, semalam.

Hazmi atau Jeming buat laporan polis ke atas kebiadapan Dd Chronicle

Hazmi yang juga Naib Ketua Pemuda Amanah Kelantan antara puluhan laporan polis yang dibuat pimpinan parti itu di seluruh negara sejak semalam.

Katanya, walaupun Dd Chronicle telah memohon maaf kepada Pemuda Amanah, tetapi ini bukan soal Pemuda Amanah sahaja.

“Ini soal agama Islam yang telahpun diperlecehkan beliau. Agama Islam yang digunakannya untuk dijadikan konten.

“Kepada Dd Chronicle, kalau saya buat satu video sindir bapa kamu, kepala bapak kamu, saya yakin kamu akan menangis dan buat aduan polis,” ujarnya.

Dd Chronicle telah memuat naik satu posting yang dianggap menghina agama Islam beberapa hari lepas berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari lalu.

Beliau kemudian memadamkan konten itu dan memohon maaf selepas sayap parti Amanah secara beramai-ramai membuat laporan polis. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *