BERITA UTAMA

Andalusia Travel & Tours catat rekod jualan umrah 63,000 jemaah

KUALA LUMPUR – Syarikat pengendali pakej ibadah haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) mencatat rekod jualan umrah melibatkan kira-kira 63,000 jemaah sepanjang tahun lalu.

Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, pihaknya tetap optimis bahawa permintaan umat Islam mengerjakan ibadah haji dan umrah tahun ini tidak berkurangan.

“Ramai antaranya mengerjakan ibadah umrah berulang kali walaupun saban tahun pelbagai cabaran telah melanda dan terbaru kejatuhan kadar mata wang,” katanya berucap pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Andalusia dan BIMB di Dewan Hotel Impiana KLCC, di sini, hari ini.

Harakahdaily melaporkan, beliau mengakui harga pakej umrah dan haji semakin meningkat tahun demi tahun seiring dengan peredaran masa dan evolusi pembangunan Vision 2023 yang sedang berlaku di Arab Saudi.

Setiap tahun, kata Ida Riswana, harga pakej bertambah mahal dek disebabkan oleh peningkatan kadar mata wang asing, peningkatan tiket penerbangan, harga hotel dan lain-lain kos diluar dari kawalan kita.

“Kalau 10 tahun dahulu, pakej umrah ekonomi boleh diperolehi pada harga serendah RM4,990 seorang, pada 2023 harga pakej umrah ekonomi paling murah RM6,990, meningkat sebanyak RM2,000 seorang,” jelasnya. 

Sehubungan itu, Andalusia terus komited mengekal dan menambahbaik mutu perkhidmatan kepada jemaah umrah yang dianggarkan bertambah sehingga 80,000 orang setahun pada musim umrah 1446 H.

Baru-baru ini, Andalusia telah menaja seramai 114 asnaf menerusi Program Umrah Asnaf Jelajah Kasih 5.0 dengan kerjasama kerajaan Negeri Sembilan, serta menaja lima pengamal media bagi membuat liputan. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *