BERITA UTAMA

Kolobrasi PAKSI-MAPIM Dalam Program Seni-Budaya, Tahun 2024

Beberapa program seni-budaya akan dijalankan bersama oleh PAKSI dan MAPIM di Flet Kampong Melayu HICOM, Shah Alam, Selangor dalam jangka masa terdekat.

Perbincangan awal mengenai Program Seni-Budaya telah diadakan pada hari Selasa 13 Feb. 2024, di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor. Program tentatif yang dirancang bersama penduduk Flet Kampong Melayu HICOM ialah Baca Puisi Bulanan di Flet dan Koir Teater Nabi Yusof. Tujuan pogram ialah untuk memantapkan kefahaman dan amalan seni-budaya bersama penghuni Flet Kampong Melayu, HICOM di Shah Alam. Di samping itu, program sebegini diharapkan boleh membawa impak positif seperti merapatkan silaturahim antara penghuni Flet.  

Perbincangan tersebut melibatkan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, Cikgu Azmi Ab Hamid dan Seniman Paksi Rakyat, PAKSI pimpinan Datuk Shamsudin Othman yang lebih dikenali sebagai Dinsman (Presiden PAKSI), Kassim Muhamad  (Timbalan Presiden PAKSI) dan Anbakri Haron (AJK) – NasionalDaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *