BERITA UTAMA

Israel lancar serangan udara di selatan Lubnan

BEIRUT – Israel pada Rabu melancarkan serangan udara menggunakan dron dan pesawat perang ke beberapa kawasan di selatan Lubnan, lapor Xinhua memetik sumber tentera Lubnan.

Pesawat pejuang Israel melakukan 15 serbuan dalam masa kurang setengah jam, menyasarkan beberapa kawasan di selatan, termasuk Nabatieh dan Iqlim al Tuffah, terletak lebih 20 kilometer dari sempadan yang memisahkan Lubnan dan Israel.

Sementara itu, sumber perubatan kerajaan menyatakan bahawa serangan udara Israel itu menyebabkan kecederaan dengan anggota Pertahanan Awam dan Palang Merah Lubnan sedang berusaha untuk menghantar mangsa yang cedera ke beberapa hospital di selatan Lubnan. – BERNAMA-XINHUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *