BERITA UTAMA

Noraini santuni mangsa kebakaran Flat Sri Sabah

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad menyantuni mangsa kebakaran melibatkan enam rumah di Blok 70, Flat Sri Sabah.

Beliau turut menyampaikan menyampaikan barangan bantuan asas bagi meringankan beban mangsa.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia berkaya, mangsa itu telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Cheras.

“Malang tidak berbau. Sambutan Tahun Baru Cina yang sepatutnya disambut meriah seisi keluarga bertukar menjadi duka apabila kebakaran berlaku pada malam hari Ahad lalu yang melibatkan enam rumah di flat ini.

“Pagi ini, saya telah turun ke PPS SK Sri Cheras yang menempatkan mangsa terlibat dalam bencana kebakaran tersebut.

“Lawatan saya turut diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Rosmawati Ishak, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Che Samsuzuki Che Noh dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Zauyah Zainudin,” katanya sebagaimana dipetik UMNOOnline.

Menurut Noraini, beliau berkesempatan melakukan aktiviti oleh Pegawai Kaunseling JKM dan menyampaikan barangan bantuan asas kepada mangsa-mangsa terlibat.

“PPS SK Sri Cheras yang dibuka pada hari Ahad, jam 11.30 malam menempatkan 13 orang mangsa melibatkan tiga keluarga. Semua mereka adalah penghuni di tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah.

“Saya juga berkesempatan menyantuni mereka dan bersama melakukan aktiviti kaunseling, di samping menyampaikan bantuan asas seperti toto, tuala, selimut, refreshment kithygene kit dan makanan retort,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada agensi kerajaan yang terlibat secara langsung ataupun tidak.

“Pada masa sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga turut melawat PPS ini.

“Terima kasih kepada JKM dan agensi kerajaan yang membantu termasuk polis bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bangsar Pudu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya lagi. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *