BERITA UTAMA

‘Kesipuan’ seorang penyair

Novel “The beggar” (ms 15-16), karya Naguib Mahfouz, pemenang Hadiah Nobel untuk kesusasteraan, tahun 1988 memaparkan ‘kesipuan’ Omar al-Hamzawi sebagai penyair.

Ia mengisahkan bagaimana perubahan rejim pemerintahan membuat seorang ‘bourgeois’ terasing – dari dunia pekerjaannya, kawan-kawan dan keluarganya.

***

“Yes. You’ve got a bourgeois disease…” usik Dr Hamid dengan selamba.

Kawan lamanya, Dr Hamid Sabri doktor yang merawatnya sentiasa melihat sang protoganis, Omar al-Hamzawi, peguam berumur 45 tahun sebagai seorang lelaki pelbagai wajah – sang sosialis kental, peguam yang hebat. Namun Dr Hamid sentiasa mengingati kawannya sebagai Omar – sang penyair.

“Kamu telah meninggalkan puisi? Aku masih ingat lagi kau telah menghasilkan sebuah antologi puisi ‘kan?” Dr Hamid inginkan kepastian.

” Ya.” Jawab Omar, antara dengar dengan tidak.

Dan Omar merendahkan renungan untuk melindungi resah dan gelisahnya supaya tidak kelihatan oleh sang doktor.

“Itu sekadar permainan anak-anak – tak lebih daripada itu.” Balas Omar tersipu-sipu.

“Tapi ada kekawan doktorku meninggalkan ilmu kedoktoran semata-mata kerana puisi.” tegas Dr Hamid tanpa ragu-ragu. 

Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
28 Januari 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *