BERITA UTAMA

Jabatan, agensi KPKM bantu pengusaha kecil – Mat Sabu

PETALING JAYA – Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) diminta supaya berganding bahu membantu pengusaha kecil untuk bersaing di pasaran.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berharap pengusaha kecil terlibat dapat menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti.

“Saya berkesempatan melawat Keropok House & Industry Sdn. Bhd. di Seksyen 27, Shah Alam, Selangor.

“Saya dimaklumkan Keropok House ini telah beroperasi hampir 23 tahun dan saya ucapkan tahniah kepada anak tempatan yang telah bersungguh-sungguh menjayakan perniagaan ini,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Menurut Mohamad, ramai usahawan besar yang berjaya hari ini bermula dengan perniagaan kecil yang diusahakan di rumah.

“Berbekalkan kerja keras dan semangat yang kuat, Insya-Allah saya yakin ramai anak muda mampu untuk berjaya dalam bidang perniagaan yang berasaskan makanan,” ujarnya. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *