BERITA UTAMA

Budaya tidak mengenyangkan, budaya boleh tunggu

TELAH terbukti dari pengalaman Revolusi Perancis, idea dan idealisme sasterawan budayawan itu tidak boleh diterapkan dengan segera sepertimana kelompok ini inginkan. Itu rujukan PMx sebagai hujah. Ini bermakna para seniman dan budayawan tidak boleh seolah-olah lupa bahawa kelaparan mestilah diatasi segera. Jika tidak, reformasi tidak akan ke mana-mana.

Lalu sekalian sasterawan dan budayawan pun menunda niat bersuara kecuali sekadar menyatakan resah gelisah bahawa seperti pemerintahan sebelum ini,  tanggapan terhadap budaya tak juga berubah. Kerajaan era Madani juga tak banyak berubah.

Dalam struktur kuasa sang penguasa kita, peranan  budaya masih lagi tak lebih daripada tukang hibur para pelancong. Wang yang dibawa pelancong jauh lebih besar berbanding bagaimana rakyat berfikir dan merenung makna dan kelangsungan hidup sebuah negara bangsa. Betul atau salah ini adalah tanggapan.

Memang benar reformasi tidak boleh diisi tanpa memikirkan susah senang kehidupan sehari-hari rakyat biasa. Perut yang kosong tidak sempat menggerakkan sel-sel minda. Namun begitu meletakkan budaya di pinggir juga bukanlah satu isyarat yang bagus untuk sebuah negara madani apatah lagi jika sektor hiburan seperti sentiasa didahulukan oleh media milik Madani.- NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *