BERITA UTAMA

Amanah lantik pengerusi baharu di tujuh negeri

KUALA LUMPUR – Parti Amanah mengumumkan pengerusi baharu di tujuh negeri termasuk Wilayah Persekutuan, hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional (JKP) parti itu, malam tadi.

Enam negeri yang dilantik pengerusi baharu ialah Kedah, Kelantan, Melaka, Pahang, Pulau Pinang dan Terengganu.

Menurut Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil, pelantikan itu dibuat melalui proses syura yang merupakan prinsip utama dalam pentadbiran parti dengan mengambilkira pandangan akar umbi di peringkat kawasan bagi memastikan amalan demokrasi terus subur.

Katanya, pelantikan itu melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu yang akan membantu memantapkan pentadbiran parti di semua peringkat.

“Pelantikan bagi jawatan nombor satu di peringkat negeri adalah untuk mengukuhkan jentera menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan meningkatkan sokongan rakyat kepada kerajaan perpaduan di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Berikut senarai penuh Pengerusi Parti Amanah Negeri:

Johor – Aminolhuda Hassan

Kedah – Mohd Asmirul Anuar Aris

Kelantan – Adly Zahari

Melaka – Datuk Ashraf Mukhlis Minghat

Negeri Sembilan – Datuk MK Ibrahim Abd. Rahman

Pahang – Mohd Fadzli Mohd Ramly

Perak – Datuk Asmuni Awi

Perlis – Wan Kharizal Wan Khazim

Pulau Pinang – Muhammad Faiz Fadzil

Sabah – Lahirul Latigu

Sarawak – Abang Abdul Halil Abang Naili

Selangor – Izham Hashim

Terengganu – Mohd Hasbie Muda

Wilayah Persekutuan – Khalid Abd. Samad. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *