BERITA UTAMA

Al-Ittihad sedia tawar RM1.4 bilion untuk dapat Salah

GERGASI bola sepak Arab Saudi, Al-Ittihad dilaporkan tidak berputus asa untuk menandatangani bintang Mesir, Mohamed Salah dan bersedia membuat tawaran rekod dunia untuk mendapatkan khidmatnya.

Menurut The Athletic, Al-Ittihad sedia menawarkan Liverpool €235 juta (RM1.4 bilion) untuk pemain Mesir berusia 31 tahun itu yang kontraknya akan tamat pada musim panas 2025.

Tawaran itu akan menjadikan Salah pemain termahal dalam sejarah bola sepak, mengatasi perpindahan Neymar ke PSG pada 2017, yang menelan belanja €222 juta.

Laporan turut mendedahkan gaji Salah di Ittihad adalah sekitar €85 juta (RM512 juta), menjadikannya empat kali ganda gaji semasa di Anfield.

Pemain antarabangsa Mesir itu dikaitkan dengan perpindahan ke Al-Ittihad pada musim panas lalu, tetapi hasrat berkenaan tidak menjadi kenyataan.

Pemenang tiga kali Kasut Emas Liga Perdana Inggeris telah bermain 27 perlawanan musim ini untuk Liverpool, menjaringkan 18 gol dan menyumbang sembilan bantuan gol. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *