BERITA UTAMA

162 sekolah di Gaza musnah

GAZA – Lebih 160 bangunan sekolah di Semenanjung Gaza musnah sepenuhnya akibat perang jahat rejim Israel, lapor Agensi Anadolu.

Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, rakan-rakan kemanusiaan telah menganalisis imej satelit bagi menilai kerosakan sekolah di seluruh Gaza.

“Penilaian mereka mendapati 162 bangunan sekolah telah terjejas, mewakili hampir 30 peratus daripada jumlah keseluruhan 563 bangunan sekolah di Gaza,” kata Stephane Dujarric kepada pemberita di New York.

Beliau berkata, kira-kira 175,000 pelajar dan lebih 6,500 guru terkesan akibat serangan Israel. 

Sekurang-kurangnya 55 peratus sekolah di Gaza memerlukan sama ada pembinaan semula sepenuhnya atau pemulihan besar, katanya 

Peperangan Israel ke atas Gaza telah mendorong 85 peratus daripada penduduk wilayah itu ke dalam perpindahan dalaman di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk.

PBB juga melaporkan, 60 peratus daripada infrastruktur itu telah rosak atau musnah. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *