BERITA UTAMA

Pemegang rekod dunia maraton, Kelvin Kiptum maut kemalangan

NAIROBI: Pemegang rekod dunia maraton lelaki, Kelvin Kiptum dari Kenya, 24, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di negara kelahirannya.

Seorang pegawai olahraga Kenya yang mengesahkan berita itu kepada BBC berkata, Kiptum terbunuh bersama jurulatihnya, Gervais Hakizimana dari Rwanda dalam kemalangan di berhampiran bandar Eldoret.

Kiptum muncul pada 2023 sebagai saingan kepada rakan senegaranya, Eliud Kipchoge.

Beliau memecahkan rekod dunia Kipchoge di Chicago Oktober lalu, berlari sejauh 26.1 batu dalam masa dua jam dan 35 saat.

Baru minggu lalu, pasukannya mengumumkan bahawa beliau akan cuba berlari dalam jarak kurang dua jam di maraton Rotterdam iaitu satu pencapaian yang tidak pernah dicapai dalam pertandingan terbuka.

Pemergian Kiptum turut diratapi bekas Perdana Menteri Kenya, Raila Odinga yang berkata, negara itu telah kehilangan “wira sejati” dan sedang berkabung.

“Kiptum merupakan seorang individu yang luar biasa dan ikon olahraga Kenya,” katanya.

Memberi penghormatan kepada pemuda itu, Presiden Olahraga Dunia, Sebastian Coe menyifatkan Kiptum sebagai atlit yang luar biasa dan meninggalkan warisan yang luar biasa.

Peningkatan kemasyhuran untuk bapa kepada dua anak itu adalah sangat pantas kerana beliau hanya berlari maraton penuh pertamanya pada 2022.

Kiptum bertanding dalam pertandingan utama pertamanya empat tahun sebelum itu berlari dengan kasut yang dipinjam kerana dia tidak mampu membeli sepasang kasutnya sendiri.

Beliau merupakan antara pelapis baharu atlet Kenya yang memulakan karier mereka di atas jalan raya, melepaskan diri daripada tradisi lalu atlet bermula di trek sebelum beralih ke jarak yang lebih jauh.

Kiptum memberitahu BBC tahun lalu bahawa pilihan luar biasanya hanya ditentukan oleh kekurangan sumber.

“Saya tidak mempunyai wang untuk melakukan perjalanan untuk sesi berlari di trek,” jelasnya. – BBC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *