BERITA UTAMA

Guna jengkaut keluarkan badan pesawat, keluarga mangsa tiba di lokasi

KLANG – Pasukan mencari dan menyelamat terpaksa menggunakan jengkaut untuk mengeluarkan badan pesawat yang separuh darinya terbenam dalam tanah.

Dalam kejadian pesawat ringan terhempas di kawasan kebun kelapa sawit Kampung Tok Muda, Kapar itu, pasukan SAR juga turut menggunakan peralat seperti cangkul bagi mengeluarkan badan pesawat itu.

Bagaimanapun, sehingga jam 6 petang ini, keadaan juruterbang dan seorang penumpang dalam pesawat itu belum diketahui dan dipercayai terbenam di dalam tanah.

Pasukan Gerakan Udara (PGU) polis juga menerbangkan dron di lokasi penemuan pesawat terhempas.

Sementara itu, empat dipercayai ahli keluarga mangsa kelihatan baru tiba di lokasi kejadian.

Mereka tiba pada jam 5.23 petang dan dibawa ke satu ruangan khas berhampiran Pusat Kawalan Operasi Bencana di lokasi tersebut.

Setakat jam 6 petang ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada ahli keluarga tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan turut hadir di lokasi kejadian pada jam 5.45 petang bagi meninjau operasi mencari dan menyelamat. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *