BERITA UTAMA

Bersatu Bagai kapal yang makin tenggelam – Puad

KUALA LUMPUR – Masih ada masa untuk pemimpin dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertindak meninggalkan parti itu, yang diibaratkan seperti kapal yang akan tenggelam bersama kaptennya.

Saranan itu dibuat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi selepas mendapati kepemimpinan Bersatu kini berada dalam keadaan teruk dan nazak.

“Ketika Bersatu menjadi kerajaan sebelum ini, ahlinya penat menunggu buah yang tidak gugur. Langsung tiada jawatan ketua kampung, Ahli Majlis, apatah lagi board GLC atau agensi.

“Bersatu ketika itu dan kini umpama kapal yang semakin tenggelam (kalau) tanpa ihsan daripada Pas.

“Lebih baik tinggalkan segera kapal dan kaptennya yang hilang halatuju itu,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebooknya, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Puad turut mendedahkan perbincangan cytro Bersatu yang disertai Raja Petra Kamaruddin tahun lalu, yang mana blogger itu telah membuat dakwaan pedas kepada Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, dalam perbincangan di talian itu, RPK mendakwa Muhyiddin sebagai “failure because, he is surrounded by stupid peoples”.

“Siapakah orang sekelilingnya yang bodoh itu? Azmin (Ali), Radzi Jidin, Wan Saiful, Peja (Faisal Azumu) atau Hamzah (Zainuddin)?

“Tidak cukup dengan itu, RPK kata Muhyiddin bagaikan, “you buy peanut you get monkeys”.

“Sudah setahun parti Bersatu belum berani jawab kata-kata RPK ini, manakala cyber-trooper Bersatu lagi kecut,” ujarnya.

Beliau secara peribadi menyifatkan dakwaan RPK itu tidak tepat, kerana mereka bukan bodoh, sebaliknya terlalu pandai sehingga Bersatu akan tenggelam oleh keyakinan palsu. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *