BERITA UTAMA

Orang ramai dipelawa hadir Karnival Bandaraya Diraja Klang 16 – 18 Feb

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Diraja Klang menganjurkan karnival selama tiga hari bermula 16 Februari di Kompleks Sukan Pandamaran.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan acara julung kali diadakan dari 9 pagi hingga 12 tengah malam sempena penarafan Klang sebagai Bandar Raya Diraja

“Pelbagai pengisian dan aktiviti menarik untuk anda sertai juga nantikan penampilan khas pemain Selangor FC serta artis undangan.

“Pengunjung bertuah juga berpeluang memenangi tiga buah motosikal. Jom beramai-ramai hadir ke karnival pada 16, 17 dan 18 Februari,” maklumnya di Facebook. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *