BERITA UTAMA

Nga nak jumpa boleh, kami nak ajar pasal sejarah Tanah Melayu, Perlembagaan – Akmal

KUALA LUMPUR – Tiada apa perlu dibincangkan lagi, tegas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Akmal Saleh.

Beliau menegaskan, hasrat pemimpin DAP, Nga Kor Ming hendak berbincang dengan UMNO berhubung cadangannya menjadikan kampung baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan UNESCO sudah berakhir.

“Tiada apa yang perlu dibincangkan lagi. Tiada keperluan untuk cadangan ini dan fullstop!

“Jika nak jumpa boleh, tetapi kami nak ajar YB menteri mengenai sejarah tanah Melayu dan Perlembagaan Malaysia sekali

“Jika YB setuju, lets find a date!,” ujar beliau menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan terbaharu Kor Ming selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) semalam yang mengajak kepimpinan UMNO berbincang berhubung cadangannya itu.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP dilaporkan berkata, beliau mengajak pemimpin UMNO bermesyuarat agar dapat menjelaskan fakta sebenar berhubung cadangannya itu.

“Sebenarnya saya ada berhubung dengan pemimpin UMNO, kita ajak mereka bermusyawarah supaya kita dapat berbincang dan ketahui hakikat dan fakta sebenar.

“Ia supaya mereka tidak terpesong dengan fakta atau isu sentimen yang dimainkan oleh pembangkang,” katanya.

Dilaporkan sebelum ini, Kor berusia Ming bercadang mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco bertujuan untuk mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah kampung 76 tahun itu.

UMNO bagaimanapun, menentang keras cadangan itu dengan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tiada keperluan untuk kampung itu dijadikan Tapak Warisan Dunia. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *