BERITA UTAMA

Kebakaran Flat Sri Sabah: Anjing pengesan Jim dan Woody dibawa ke tingkat 17

KUALA LUMPUR – Dua anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dibawa untuk membuat pemeriksaan di Blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras, di sini hari ini.

Menurut laporan Astri Awani, dua anjing itu yang dibawa anggota Unit K9 tiba di lokasi pemeriksaan di flat berkenaan sekitar jam 10.30 pagi.

Menurut JBPM, kedua-dua anjing pengesan itu – Jim dan Woody baka English Spanial memiliki pengalaman 13 tahun dalam operasi pengesanan mencari bahan bakar yang disengajakan.

Kehadiran Jim dan Woody bertujuan mencari bukti punca kebakaran yang memusnahkan lima unit rumah Flat Sri Sabah malam tadi. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *