BERITA UTAMA

Hantaran fitnah, Nurul Izzah akan buat laporan polis

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar akan membuat laporan polis berhubung satu hantaran berunsur fitnah terhadap beliau.

Naib Presiden PKR itu berkata, beliau telah menerima satu kiriman hantaran Facebook dari seorang individu yang disifatkan sebagai fitnah.

“Saya akan buat laporan polis, sekarang ini peguam saya masih bercuti Raya Cina. Insya-Allah, akan menyusul minggu depan.

“Jangan dilupakan juga ya audit oleh ProKhas ke atas Laksana, baru selesai kisah sebenar,” katanya menerusi perkongsian Facebooknya.

Jelas Nurul Izzah, menyebar maklumat palsu serta fitnah adalah pelanggaran di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *