BERITA UTAMA

Bismillah: Sultan Ibrahim dan era kebangkitan dari Pulau Borneo

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Al Marhum Sultan Iskandar telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari 2024.

Pertabalan itu membawa pesan spiritual yang sangat bermakna buat kita semua.

Pemerintahan Sultan Ibrahim bakal menjadi era kebangkitan kesedaran umat Melayu-Islam di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara dan juga bakal menjadi era keemasan.

Ibrahim di dalam al Quran adalah sosok manusia yang luar biasa dan menjadi lambang sebuah perjuangan dan kesedaran yang sejati dan hakiki.

Dan, atas dasar itu doa Nabi Ibrahim iaitu doa yang dikenali sebagai Doa’ Iftitah setelah melihat matahari kesedaran di dalam diri dijadikan sebagai bacaan yang diberatkan dalam ritual solat umat Islam.

Bahkan juga diwajibkan untuk berselawat ke atas Nabi Ibrahim.

Firman Allah SWT dalam ayat Surah Al Baqarah ayat 125.

Ertinya: Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah (Baitullah @ Kaabah) tempat berkumpul dan tempat yang aman bagi manusia. Dan jadikanlah Maqam Ibrahim itu tempat solat. Dan telah kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail, “Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, orang iktikaf, orang ruku’ dan orang yang sujud.

Perintah dan jadikanlah Maqam Ibrahim itu tempat solat bukanlah bermakna menjadikan kuburan Nabi Ibrahim sebagai tempat solat, melainkan secara hakikatnya kita diperintahkan untuk bersolat pada tingkatan kesedaran Nabi Ibrahim AS.

Kesedaran yang sejati dan hakiki yang sanggup meninggalkan anak isteri, bahkan mengorbankan anak sendiri demi untuk berbakti kepada Allah SWT.

Manakala menurut kepercayaan kaum Cina pula, tahun 2024 adalah Tahun Naga Kayu. Tahun yang kononnya bakal membawa keberuntungan kepada mereka yang lahir di Tahun Babi atau Khinzir.

Atas dasar itu saya percaya akan muncul satu kesedaran dan zaman emas dari Kepulauan Borneo yang masih cukup terkenal dengan hutan tebalnya.

Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, Pulau Borneo is the new deal for the new era.

Pulau Borneo dengan kedudukan geografinya yang strategik mempunyai potensi yang cukup besar sebagai pusat sumber alam atau komoditi pada era ini. Bahkan sumber makanan dari lautnya juga cukup luar biasa.

Ekspedisi Diraja Kenali Borneo oleh rombongan Diraja Al Sultan Abdullah  Ibni Sultan Ahmad Shah memberi isyarat spiritual yang luar biasa kepada kita semua mengenai bagaimana kecintaan seorang raja dan rakyat yang tidak mampu dipisahkan oleh Laut China Selatan.

Saya kira sudah waktunya pihak kerajaan memberikan tumpuan yang istimewa untuk membangunkan Pulau Borneo dan segala potensi sumber alamnya.

Tumpuan harus diberikan dalam membangun infrastruktur, telekomunikasi, keterjaminan makanan dan aktiviti maritimnya.

Sudah sampai masanya potensi alam Pulau Borneo dijadikan daya tarikan kepada para pelabur di peringkat antarabangsa. – NasionalDaily

Penulis, Datuk Dr. Ramalan Yunus adalah penganalisis politik dan ekonomi bebas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *