BERITA UTAMA

Muhyiddin sebar berita palsu – Fahmi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegur Presiden Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataannya mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019.

Beliau berkata, kenyataan kononnya beberapa perbuatan yang bertentangan dengan hukum Islam tidak lagi menjadi kesalahan di Kelantan berikutan keputusan mahkamah itu, tidak benar sama sekali.

Katanya, Muhyiddin telah sebarkan berita palsu.

Semalam, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah enakmen itu adalah batal dan tidak sah.

Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota selepas membenarkan permohonan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *