BERITA UTAMA

Malaysia, Brazil capai kata sepakat dalam hubungan dua hala

KUALA LUMPUR – Malaysia sepakat dan senada dengan Brazil untuk meningkatkan hubungan dua hala khusus dalam bidang pengurusan hutan, sektor tenaga hijau, perubahan iklim, industri halal, sains dan inovasi.

Kata sepakat itu dicapai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva dalam interaksi mereka menerusi perbualan telefon semalam.

“Semalam saya telah berinteraksi dengan Presiden Brazil, TYT Luiz Inácio Lula da Silva, melalui perbualan telefon.

“Dalam perbualan ini, kami senada dan sepakat untuk meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara khususnya dalam bidang pengurusan hutan, sektor tenaga hijau, perubahan iklim, industri halal, sains dan inovasi.

“Kami juga nyatakan komitmen untuk bekerjasama rapat bagi mempromosi dan melindungi kepentingan negara-negara membangun, khususnya dalam membasmi kemiskinan dan kebuluran,” katanya dalam hantaran Facebooknya, hari ini.

Dalam perbualan itu, Anwar turut mengambil mewakili rakyat Malaysia bagi mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Presiden Lula atas sokongan tegas Brazil kepada Palestin.

Beliau turut menerima undangan Presiden Lula bagi mengadakan lawatan rasmi ke Brazil pada November nanti.

“Semoga hubungan Malaysia dan Brazil akan terus diperkukuh demi manfaat bersama,” katanya. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *