BERITA UTAMA

Lawatan PSBM ke Kelantan, Selatan Thailand erat silaturahim

KOTA BHARU – Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia (PSBM) Kuala Lumpur mengambil kesempatan cuti sambutan Tahun Baharu Cina dengan menganjurkan lawatan ke beberapa destinasi di Kelantan.

Rombongan 33 ahli PSBM yang turut disertai Pengerusi dan Timbalan Daerah serta biro persatuan itu memilih untuk melawat Masjid Beijing di Rantau Panjang untuk melihat keunikan seni binanya.

Menurut Ketua Biro Pelancongan dan Sosial PSBM, Datin Norizan Md. Kasim, tujuan lawatan adalah untuk mengeratkan silaturahim dengan masyarakat, di samping melakukan ‘Team Building’ pertubuhan itu sempena cuti Tahun Baharu Cina 2024.

“Selepas selesai lawatan di beberapa lokasi di Kelantan seperti Pasir Mas dan Kota Bharu, rombongan meneruskan perjalanan ke Sungai Golok di Selatan Thailand,” katanya kepada NasionalDaily hari ini.

Turut serta, Pengarah Hal Ehwal Kaunselor PSBM, Prof. Nazri Kamil. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *